Tabung ayam

.......

Monday, March 7, 2011

Takut yang mengancam

Bagaimana perasaan anada hari ini? Apakah jiwa dan emosi anda tenteram? Andai ini yang anda rasakan, Alhamdullilah. Jika tidak, mari kita berbalik kepada diri kita, mengapa ini yang kita rasakan?

Takut yang mengancam? Bagaimana pula? Bukankah takut itu hanya suatu perasaan? Tetapi kita tidak akan terluka, sakit atau cedera. Bagaimana pula saya katakan takut ini mampu mengancam?

Saudaraku?

Takut secara natijahnya, memang hanya suatu perasaan tetapi mari kita selami perjalanan sejarah. Negara kita pernah dijajah dahulu dan mungkin ada antara saudara anda dan saudara saya sendiri yang pernah hidup dalam zaman itu. Berdasarkan penceritaan mereka, mereka sendiri tidak sanggup untuk terus hidup daam keadaan yang seperti itu. kelam kabut. Bunyian peluru tiada hentinya. Bagaimana pula dengan saudara kita di seberang negara sana? Anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa memberanikan diri yang tidak punya apa-apa untuk berhadapan dengan musuhnya. Mereka berasa tertekan apabila saudara mereka ditembak mati dihadapan mata mereka sendiri. Bukankah takut itu mengancam?

Kita berbalik kepada diri kita, apabila kecoh khabar berkaitan pecah masuk rumah, rompakan, samun dan lain-lain, kita akan mula berasa takut dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan hal ini terjadi. Malam tidur kita menjadi tidak lena. Kehidupan menjadi serba serbi risau. Seperti ada sahaja yang memerhatikan diri kita. Bukankah takut itu menggugat jiwa kita? Kehidupan kita?

Semua contoh di atas adalah contoh yang paling hampir dengan diri kita. Hal-hal yang semakin giat berlaku. Hal-hal ini sentiasa bermain di gegendang telinga kita saban hari sehingga kadang-kala kita akan berasa bosan mendengarnya. Itu khabar dunia. Bagaimana pula dengan khabar akhirat? Apakah kita tidak gentar mendengarnya?

Allah SWT paling awa yang menyampaikan tentang khabar akhirat menerusi ayat-ayat-Nya tetapi mengapa kita tidak berasa apa-apa? Mengapa kita hanya membiarkan khabar itu dibawa angin lalu? Khabar angin dan gosip kita bawa ke telinga tetapi khabar dari Ilahi kita biarkan pergi? Apakah takut itu bukan lagi suatu yang mengancam?

Saudaraku..

Saya juga hanya insan biasa. Tidak sempurna. Berasa takut dengan dunia sekarang yang layaknya untuk kita panggil dunia si pemilik akal yang bernafsukan binatang durjana! Haiwan yang tidak punya akal, masih lagi tahu dan kenal apa erti sebuah kehiduapn tetapi kita? Kita lebih teruk lagi sebenarnya...

Mari kita selami agi hati dan jiwa kita. Apakah tiada angsung sekelumit takut untuk menghadapi kematian dan akhirat yang bakal menjemput kita tanpa mengira masa. Apakah sudah kita bina keberanian untuk ke sana sehingga tiada langsung rasa takut untuk menghadapi sebuah kehidupan yang kekal abadi?

Fikri-fikirkanlah. Hidup ini hanya sekali dan hargai selagi masih di dalam diri untuk kita terus beramal dengan sebaiknya untuk menghadapi kehidupan hakiki yang kekal abadi dengan kebahagiaan yang sentiasa kita impi.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...