Tabung ayam

.......

Tuesday, July 20, 2010

Manusiakah kita???

Salam sejahtera buat semua.....

Hari ini hati saya berbunga sepi. Amat sakit dan perit hingga tiada apa yang bisa menggambarkan kesakitannya. Hanya Allah yang tahu segalanya. Minggu lepas balik kampung. Sorang je balik kali ni. Kebetulan terjumpa kawan dan balik satu bas dengan dia. Jam 4.30 petang baru gerak balik. Lama lagi ni. Duduk memerhatikan hadirin yang lalu-lalang.

Seorang wanita berkaki tempang menghampiri insan di belakang saya. Di tangannya memegang tabung. Saya hanya diam dan memerhati dalam buta. Dia berdiri agak lama dengan insan di belakang saya. Tiada respon yang diterima. Saya agak sakit hati. Rasa nak bagi makan penampar tapi saya cuba bersabar kerana setiap orang lain hatinya tatakala melihat orang lain. Insan tersebut hanya khusyuk makan kuaci. Sangat marah! Sampahnya hanya dibiarkan tanpa dibuang ke dalam tong sampah!

Insan tempang itu menghampiri saya. Saya faham dan bertindak sewajarnya. Bukan mahu berlakon jadi baik sebab saya bukan baik pun tapi keperimanusiaan itu yang mendorong saya berbuat demikian. Hati sangat sedih. Mengapa masih ada insan yang berjasad manusia tetapi berrohkan haiwan?

Sahabat...

Saya bukan mahu memprotes atau marah tetapi di mana keperikemanusiaan kita kini? Haiwan pun sayang dan kasih antara spesisnya mengapa kita yang dikurniakan akal tidak pula mampu melakukan demikian? Dimana letaknya kita? Haiwan atau manusia yang lebih bertamadun?

Konklusinya, biar kita tidak berharta tapi kaya budi bahasa dan sensitiviti terhadap kesusahan orang lain. Biar kita orang buat kita tapi jangan kita buat orang! Ini hanyalah ingatan buat diri saya sendiri dan saya ingin membawa sahabat semua untuk memikirkan apa yang sedang terjadi kini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...