Tabung ayam

.......

Thursday, March 3, 2011

Bila kekuatan mulai rapuh

Salam. Apa khabar saudaraku? Pernahkah anda berasa diri terlalu kerdil dan hina walaupun hanya sepintas lalu? Pernahkah anda berasa terlalu lemah hingga tiada kekuatan untuk berbicara walaupun ingin meminta sesuatu? Pada saat itu apakah yang anda lakukan? Apa yang anda inginkan dan harapkan?

Saya juga pernah berasa ini. Berasa seperti kematian dan maut menjengah dan bakal menjemput kapan pun. Apa yang membuatkan saya berasa sebegini, saya sendiri tidak mengerti.

Tangisan, jeritan dan amukan yang kita rasakan saat ini. Rasa seperti mahu memaki hamun semua yang membuat kita berasa begini. Terasa diri ini tidak lagi berharga pada mereka. Semua ini nafsu dan emosi semata sebenarnya. Apa yang kita rasakan ini hanyalah ketika kita dalam kondisi tidak waras iaitu marah.

Kita boleh berasa begini tetapi fikirkan kembali kebaikan insan itu yang pernah meeka berikan walaupun sekelumit cuma. Pandang kehadapan dan kita akan bertemu dengan erti hidup, cabaran, ujian dan dugaan ini. Kita harus bangkit. Kita harus mengubah perspektif pemikiran kita. Ujian yang datang kita tangani sebagai cabaran! Dugaan yang datang kita jadikan teman. Tangani dengan lembut dan serap segala tekanan dengan tenang.

Allah memberikan ujian kepada kita untuk menguji keimanan dan kekuatan diri kita. Jangan pernah berfikir buruk akan ujian yang sedang datang. Jika kita menangis sekarang, pasti kebahagiaan yang sangat kita tidak duga akan mewarnai segala genap kehidupan kita. Jangan memandang masalah itu sebagai beban kerana nanti kita yang akan tenggelam kerana tidak mampu menampung beban.

Disaat kekuatan mulai rapuh, berpegang kembali kepada al-Quran. Tenangkan hati, fikiran, jiwa dan diri kita dengan mengalunkan ayat-ayat-Nya. Kita boleh menjerit untuk melepaskan beban yang kita rasa jadi bagi saya tidak salah sekiranya kita menyumbang suara kita untuk mengalunkan ayat-ayat-Nya walaupun seketika sehingga kita menemui ketenangan hati yang kita impi.

Saudaraku? Apakah kekuatan itu mulai datang sekarang? Atau semakin memudar? Jangan ambil langkah singkat, tetapi berfikirlah secara tenang agar jalannya akan kita lihat jua nanti. Disaat hampir terjatuh, pautlah pada tali Allah, dn kita tidak akan pernah terjatuh lagi. Sekiranya terjatuh lagi, percayalah, kita akan menjadi lebih kuat berbanding dahulu dan dapat menangani masalah itu dengan tenang tanpa apa-apa kompromi lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...