Tabung ayam

.......

Monday, April 25, 2011

Aku Belum Sedia Lagi.....................

Tinta dimulakan dengan Basmalah.....

Apa yang dimaksudkan dengan sedia dan belum bersedia? Kita dalam sedar atau tidak sebenarnya sentiasa di garisan permulaan. Sama ada bersedia mahupun tidak, papan pelepas tetap akan terus berbunyi. Kita diburu masa dan bukan kita yang memburu masa. Jadi, adakah jawapan belum bersedia lagi itu merupakan jawapan yang relevan????? Tepuk dada tanyalah hati yang menjadi raja dalam diri...

Saya mengaku saya juga sentiasa dilema. Mahu melakukan perubahan tetapi risau orang akan mula berkata dan mengata, tetapi tujuan saya dijadikan di dunia hanya untuk Allah semata. Jika dikaji mengapa Allah menjadikan manusia hanyalah untuk beribadat kepada-Nya dan seiring dengan firman-Nya....

"Tidak aku jadikan manusia dan jin itu kecuali untuk beribadat..." (Surah az-Zariat, ayat 56)

Dunia kini meninggalkan ayat ini sepi. Golongan muda sibuk dengan dunia hiburan. Orang bernama sibuk dengan pangkat. Wanita sibuk dengan dunia perhiasan dan aksesori. Semua ini sedah berbalik kepada zaman jahiiah dahulu. Masa bergerak kehadapan tetapi kita bergerak membelakangkan masa hingga berada dalam era jahiliah kembali. Buang anak seperti membuang sampah. Penagih dadah umpama lalang yang hebat tumbuh mengalahkan padi. Di mana kita pada saat ini?

Remaja bertudung seperti tidak berbaju. Berbaju pula seperti talanjang apabila pakaian yang dikenakan terlalu ketat hingga menampakkan susuk tubuh. Apakah ini yang ingin kita lahirkan? Anak-anak yang tidak berdosa menjadi bukti cinta berahi yang entah mana kebenarannya hingga akhirnya mengemis ajal menjemput. Kalau dahulu masyarakat jahiliah membunuh anak-anak dengan niat tetapi bukankah hal yang sama berlaku juga seperti sekarang ini????

Bila kita akan bersedia andai bibir sentiasa berzikir, "Aku tidak bersedia lagi...." Bila kita akan berubah? Tatkala Malaikat Maut menjemput??? Atau kiamat menyapa dan memberi salam??? Apakah masih ada masa dan ruang untuk kita berubah? Allah sentiasa memberikan kita kesempatan dan semuanya tertakluk kepada kita bila kita akan melakukan perubahan. Berubahlah walaupun sedikit. Jika dulu kita cepat marah, cubalah untuk bersabar sedikit demi sedikit dan secara berterusan. Itu lebih baik daripada berubah secara drastik tetapi terhenti dikemudian hari...

Segeralah berubah selagi punya masa.


Usia kita semkain menjengah senja. Ada saudara kita yang dijemput awa sebelum sempat melihat Sang Mentari tenggelam di ufuk barat. Mungkin kita juga begitu...Jadi, ambillah ini sebagai titik untuk berubah. Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...