Tabung ayam

.......

Tuesday, June 1, 2010

Kasih Bonda Ku Damba....Kasih Ayahanda Ku Impi

Kini aku menangis lagi..
Mengenang bonda..
Mengenang ayahanda...
Urat-urat tua tangannya telah menjalar...


Bersalaman dengan mereka..
Terlalu kasar ku rasa...
Terlalu banyak beban mereka bawa
Untuk membesarkan aku sebesar yang ada kini

Aku mohon ampun bonda....
Aku mohon maaf ayahanda...
Aku khilaf dengan duniaku...
Aku buta dengan cintaku...

Aku mencintaimu...
Bonda dan ayahanda
Aku tidak mengertimu...
Aku melupakanmu saat bahagiaku...
Aku mencarimu saat deritaku....

Aku khilaf...
Anakmu ini berdosa!!!!
Ampunkan daku...
Agar Firdaus menantiku...
Bersamamu ku impi...
Di Makwa nanti....

Nur Kasih

Salam Ukhuwah dan salam sejahtera...

Tiada harapan lain selain moga-moga iman kita dipelihara dengan sebaiknya pada hari ini. Sahabat? Apa khabar iman kita pada hari ini? Apakah sihat lahir dan batin?

Saya bukan insan yang pakar dalam bidang agama. Bukan juga pakar dalam bidang bahasa. Saya insan biasa yang hanya ingin mencoret rasa dan pengalaman untuk dikongsi bersama. Andai ada yang terasa hati, harap maafkan segalanya. Saya khilaf dan alpa dalam pelbagai perkara.

Hari ini saya bangun agak lewat. 6 pagi. Embun pagi masih segar harumannya. Azan Subuh telah dikumandangkan. Bermula hari baru. Hari ni hari lahir Mama. Insan yang paling saya cintai dan tidak boleh saya cari ganti. Apa yang saya perkatakan bukan mahu memprotes mana-mana pihak tetapi sekadar luahan rasa.

Semalam berjalan-jalan memfoya-foyakan diri sambil membeli makanan jamuan sebelum berakhirnya cuti sem yang dah lama sangat dinanti-nanti. Syoookkkk sangat kot masa cuti nanti. hahaaa... Sedang menyibukkan diri dengan membeli barang tu, seorang kanak-kanak menangis. Saya hanya memerhati jauh. Mengapa? Hati mula menangis sendiri. Entah apa yang anak itu nak.

"Ibu...adik nak ni juga! Ni cantik...nak la ibu...boleh ya?"

Rengek anak ini bukan sekadar menyusahkan hati ibu ini yang sedang menggendong anak kecil di tangan kirinya. Anak itu sedang terlena tanpa sedar. Comel sungguh. Sangat tenang melihat wajah anak itu tetapi tidak setenang wajah ibu itu.

"Sayang? lain kali kita beli ya? Kita beli susu adik dulu. Boleh?"

Ayat ibu ini tampak remeh tetapi benar-benar menyetuh sanubari saya yang sedang berputar-putar mengingatkan Mama di rumah. Sihatkah dia? Ayah? Dah makan ke? Hati mula mendung hitam. Saya terus memerhati sepi.

"Adik nak juga!"

Anak ini mula hujan lebat. Hatiku yang mendung, dia pula yang hujan. Monolog saya sendiri. Ibu tadi mula resah. Di bakulnya sudah penuh dengan barang-barang dapur dan makanan ringan. Barangkali pinta anak kecil itu. Ibu itu sudah tidak punya pilihan. Diambilnya mainan tadi dan susu si kecil yang lena itu dan ke kaunter bayaran. Dek kerana minat, saya meninggalkan barang-barang saya di tepi dan mengikut jejak itu itu. Sekadar memerhati.

"Semuanya RM145.50 kak"

Suara penjaga kaunter itu merdu seperti buluh perindu. Bisa menenangkan jiwa insan yang sedang gundah gulana tetapi tidak bisa menenangkan hati ibu ini! Mukanya bertambah gusar! Anak kecil itu memerhati gembira kerana sudah dapat memiliki apa yang diimpinya! Ibu tadi mengeluarkan not RM100 dan beberapa not berwarna merah. Hanya tiga keping not berwarna merah! Ibu tadi sudah gusar!

"Adik, boleh tak buka lagi plastik ni?"

Saya tetap terus memerhati. Benteng air mata hampir pecah kini. Gadis di kaunter hanya menurut. Hati perempuan. Dia faham benar dengan wanita itu. Alhamdullilah hatinya lembut walaupun riak wajahnya kelihatan telah benar-benar lelah! Ibu tadi mengeluarkan beberapa barang dan meminta dikira kembali harga barang-barangnya.

"RM 97"

Ibu tadi membayar harga barang dan terus berlegar keluar dari pasar raya ini. Anak tadi bahagia hatinya. Ibu tadi walaupun sedikit suram tetapi bahagia melihat anknya berbunga girang. Saya berlalu dengan 1001 satu nilai yang terkesan mendalam dijiwa ini.

Sahabat dan Saudaraku...
Ibu kita sanggup melakukan apa sahaja buat kita. Sanggup menahan dirinya daripada membeli barangan yang dikira penting untuk melihat kita bahagia tetapi mengapa kini kita tidak bisa membuat hati tua itu bahagia setelah kita mengambil bahagianya? Saya terfikir, kita sanggup berkongsi berita bahagia dengan insan lain yang paling utama berbanding dengan ibu bapa kita. Mengapa?

"Bro? I baru je dapat keputusan untuk interview tu. Jomlah I belanja makan malam ni!"

"Wei? Aku baru je menang RM100 dalam pertandingan tu.."

"Abang sayang, sayang awak ni baru dapat hadiah tau dari syarikat. Jom keluar. Kita raikan sama-sama"

Inilah kata-kata yang saya pernah terdengar. Tetapi mengapa segala hal kesedihan kita mengadu pada mak ayah kita?

"Mak? duit dah habis. Bila mak nak bagi duit lagi?"

"Ayah dah 'bank in' duit? Kakak dah tak ada duit ni"

"Mami..Manja tak ada duit. Nak duit...."

Masa dalam hal ni kenapa boleh cakap dengan mak dan ayah sebagai insan yang paling awal? Kenapa tak bagi tahu pada orang lain? Kita sebenarnya dalam tidak sedar telah menjadikan ibu bapa kita sebagai hamba.

"Ayah? Ambil along kat sekolah!"

"Ibu? Nak makan..."

Kita sebenarnya bos besar dalam rumah bukan mak ayah kita! Kita tak sedar semua tu sebab terlalu leka dengan kemewahan. Hargailah mak ayah kita selagi mereka ada. Rawat mereka seperti mereka merawat kita semasa kita kecil. Makan minum kita. Najis kita. Mereka tidak pernah sekali pun berkira tentang hal itu.

Jangan dimarah insan itu jika makannya bersepah kerana tangannya kini tidak kuat lagi untuk menyuap makanan.

Jangan dimarah insan itu jika katilnya kotor dengan najisnya kerana kita dahulu lagi teruk daripada ini!

Jangan dimarah insan tua itu jika mulutnya sentiasa berkata-kata tanpa henti tanpa warasnya kerana mereka telah mula lupa!

Jangan dimarah insan tua ini jika tuturnya tidak jelas kerana giginya telah tiada!

Jangan dimarah insan tua ini jika meminta-minta kerana kita dahulu lebih banyak meminta daripada mereka!

Mereka seperti bayi kecil. harus sabar melayan karenahnya sebab kita juga seperti itu dahulu!

Tidak payah menjaga mereka yang telah tua. Hanya cuba penuhi apa yang mereka pinta selagi mereka punya masa! Teramatlah payah sebanarnya menghidupkan seorang insan menjadi insan yang berguna berbanding meneruskan hasil kerja seseorang hingga akhir kerana kita sudah punya arahan untuk teruskan! Tidak perlu berfikir bagaimana untuk membangunkan tetapi berfikir bagaimana untuk meneruskan!

Selamat Hari Lahir Mama...
AZIZAH BINTI SABTU
Along Sayangggggggg Mama!

Selamat Hari Bapa Ayah....
EHSAN BIN TASRIPAN
Alongg Kasihhhhhhhh Ayah!

Selamat Hari Bapa buat semua insan yang bergelar bapa atau yang bakal bergelar bapa!



Rabu
2 Jun 2010
10.45 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...