Tabung ayam

.......

Saturday, March 5, 2011

Muhasabah diri

Teringat masa kita kecil-kecil dahulu. Dari baring, kita belajar meniarap. Dari meniarap, kita belajar merangkak. Dari merangkak, kita belajar berdiri dan seterusnya sehingga kita berjaya berlari. Kita tidak pernah kenal erti sakit. Erti sebuah putus asa. Apa yang tahu, kita hendak mencapai apa yang kita mahukan. Kita mahu apa yang kita mahukan ketika itu tercapai. Sudah banyak kali kita terjatuh, terhantuk tetpi tidak pula kita kenal erti untuk berhenti dan berputus asa. Mengapa?

Jika kita fikirkan kembali, kita mungkin tidak akan seperti kini. Tetapi mengapa setelah kita mendapat semua yang kita impi, perkara yang kita damba dan kita tahu erti sebuah kehidupan, kita menjadi lemah dan berputus asa atas sebab yang kecil?
Semasa kita kecil, itulah cabaran kita. Cabaran yang kita fikirkan kecil itu sebenarnya sangat besar bagi kita yang telah dewasa ini tatkala kita harus melakukan itu semua sekali lagi bila ujian melanda diri.

Kita mudah berputus asa, berkecil hati dan berasa hina saat semua meninggalkan diri kita. Saat semua memperkecilkan diri kita. Mengapa kita jadi begini? Saya kerap kali juga tertanya, mengapa saya begini? Mengapa saya lemah? Apakah saya tidak mampu untuk jadi sebelum ini?

Mengapa kita berasa sebegini? Kerana kita sentiasa berfikiran negatif kepada diri kita. Saat semua insan disisi mempunyai bakat yang menandingi kita, kita jadi lemah. Kita memburukkan insan itu dan kadang kala mengasingkan diri dengan dia. Kita tidak yakin dnengan diri kita sendiri. Kita berasa cemburu tetapi apakah inisiatif yang kita lakukan untuk menaik taraf diri kita? Bagaimana dengan iman dan amalan kita? Apakah memadai? Bukankah lebih baik jika kita mendoakan yang terbaik untuk insan itu dan kita akan berasa tenang tanpa sekelumit permusuhan?
Setiap insan dilahirkan dengan bakat dan kebolehan yang tersendiri. Berbeza-beza. Bakat tersebut hanya perlu dicungkil dan yang sedia ada haruslah digilap. Tidak salah bersaling dengan insan lain tetapi secara sihat dan bukan dengan jalan yang salah. Kita mampu menjadi kuat dengan saling melengkapi. Kita mampu jadi yang terhebat, andai kita saling membantu. Kita mampu jadi luar biasa, jika kita memadam api persengketaan yang akhirnya hanya memakan diri.

Berbalik kepada diri kita. Kita tidak sempurna dan tidak akan sempurna tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh mencuba untuk menjadi yang sempurna. Kita boleh mencuba untuk jadi sempurna tetapi jangan salahkan insan disekitar kita sekiranya mereka tidak sempurna seperti yang kita pinta kerana manusia tiada yang sempurna.

Jangan dipinta langit nan biru, andai bumi nan hijau belum lagi kau kecapi.

Jangan dipinta lautan nan dalam, andai sungai yang cetek belum lagi kau teroka.

Jangan dipinta bintang beribu, andai bulan belum lagi kau tatap penuh cinta.

Jangan dipinta cinta sejati, andai diri tidak pernah memberi.

Jangan dipinta kemaafan, andai api permusuhan belum lagi kau padam.

Jangan dipinta syurga, andai diri mengunjur ke neraka.

Jangan dipinta yang sempurna, andai diri mengemis segalanya.

Begitulah kita. Meminta sesuatu yang diluar kemampuan kita. Kita tidak bermuhasabah diri sebelum meminta dan bermimpi. Kita tidak menyediakan diri untuk itu tetapi kita pinta yang lebih dari yang kita sediakan. Kita pengemis. Yang sempurna hanya Allah SWT. Jadi mengapa perlu kita persoalkan sesuatu yang tidak sempurna? Mengapa kita mempertikaikan kebolehan insan lain sedangkan bakat daam diri sendiri tidk pernah kita gilap dan cari? Kita mampu jadi yang terbaik sebenarnya. Allah sentiasa ada dengan kita. Andai kita mengejar cinta dari-Nya, kita akan dapat segala yang kita impi.

Jadikan mimpi kita sebagai impi tapi jangan biarkan ia tinggal sebagai fantasi tapi realisasikan agar menjadi sebagai suatu realiti!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...