Tabung ayam

.......

Tuesday, August 17, 2010

Kuat!!!!

Perkhemahan di Tanjung Tuan

Satu aktiviti yang agak menyeronokan. Solat ditengah laman mendekatkan diri kepada Pencipta...Rasa syukur yang teramat kerana punya keamanan dan apakah bisa begitu lagi???Semoga ikatan persahabatn yang terjalin kan terus kukuh....Kenangan yang membawa banyak erti...Buat sahabatku yang sedang bertarung dengan penyakitnya, ku doakan agar kau terus kuat...Maaf kerana tiada sumbangan yang dapat ku beri...Hanya doa penguat dirimu....Kuat!!!

Wednesday, August 11, 2010

Cinta hati....

Salam semua...
Alhamdullilah hari ni dapat kita rai bersama 1Ramadhan...hati sangat sedih sebab macam tahun-tahun yang lalu dapat puasa di rumah tapi tahun tak ada rezeki... Lagu-lagu raya sedap berdendang merdu kembali.

Apa yang ingin saya kongsikan hanyalah sekadar kata-kata dari hati dan untuk meluahkan perasaan yang dah terlalu lama saya tahan. Program rekreasi di Tanjung Tuan benar-benar menusuk hati. Baru hari tu saya rasa sebak sangat dada tatkala sujud ketika solat Zohor. Belum pernah rasa solat dengan hanya bersejadahkan di tanah dan pasir bumi. Baru ketika itu saya rasa yang kiamat benar-benar hampir dan kan tiba bila-bila masa sahaja. sangat syahdu...

Pulang dari Tanjung Tuan, saya pulang ke rumah. Memerhati insan-insan yang berlegar-egar di terminal bas tanpa seorang pun menghiraukan kedatangan Asar. Masing-masing sibuk dengan makanan, pasangan, hiburan, pakaian dan yang jelas, keduniaan! Masing-masing seperti merasakan yang Asar tu pasti kan datang lagi. Adakah mungkin kerana terlalu kerap azan itu dilafazkan sehingga semua insan tuli untuk mendengarnya atau menghiraukannya?

Hadirin..
Azan hanya dihiraukan pada saat kita berpuasa. Azan hanya sebagai tanda kita sudah boleh berbuka ketika Maghrib menjengah tiba tetapi kita tidak menyahut seruan itu dengan solat tetapi sibuk membulatkan perut yang ada dengan alasan lapar kerana seharian tidak makan. Mengapa ini yang terjadi?? Adakah azan hanya lagu lapok yang hanya berguna seperti lagu raya???Hanya dimainkan ketika Ramadhan menjengah dan Syawal tiba???Adakah azan hanya sebagai lagu penenang jiwa ketika histeria melanda??Mengapa kolot sangat kita??? Tidak pernah terfikirkah kita mengapa azan dilafazkan??

Saya hanya insan biasa dan banyak kesalahan yang pernah saya lakukan di bumi Allah ini. Kata-kata ini hanya sekadar luahan rasa hati dan harap Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang lepas.

Tuesday, July 20, 2010

Manusiakah kita???

Salam sejahtera buat semua.....

Hari ini hati saya berbunga sepi. Amat sakit dan perit hingga tiada apa yang bisa menggambarkan kesakitannya. Hanya Allah yang tahu segalanya. Minggu lepas balik kampung. Sorang je balik kali ni. Kebetulan terjumpa kawan dan balik satu bas dengan dia. Jam 4.30 petang baru gerak balik. Lama lagi ni. Duduk memerhatikan hadirin yang lalu-lalang.

Seorang wanita berkaki tempang menghampiri insan di belakang saya. Di tangannya memegang tabung. Saya hanya diam dan memerhati dalam buta. Dia berdiri agak lama dengan insan di belakang saya. Tiada respon yang diterima. Saya agak sakit hati. Rasa nak bagi makan penampar tapi saya cuba bersabar kerana setiap orang lain hatinya tatakala melihat orang lain. Insan tersebut hanya khusyuk makan kuaci. Sangat marah! Sampahnya hanya dibiarkan tanpa dibuang ke dalam tong sampah!

Insan tempang itu menghampiri saya. Saya faham dan bertindak sewajarnya. Bukan mahu berlakon jadi baik sebab saya bukan baik pun tapi keperimanusiaan itu yang mendorong saya berbuat demikian. Hati sangat sedih. Mengapa masih ada insan yang berjasad manusia tetapi berrohkan haiwan?

Sahabat...

Saya bukan mahu memprotes atau marah tetapi di mana keperikemanusiaan kita kini? Haiwan pun sayang dan kasih antara spesisnya mengapa kita yang dikurniakan akal tidak pula mampu melakukan demikian? Dimana letaknya kita? Haiwan atau manusia yang lebih bertamadun?

Konklusinya, biar kita tidak berharta tapi kaya budi bahasa dan sensitiviti terhadap kesusahan orang lain. Biar kita orang buat kita tapi jangan kita buat orang! Ini hanyalah ingatan buat diri saya sendiri dan saya ingin membawa sahabat semua untuk memikirkan apa yang sedang terjadi kini!

Tuesday, June 1, 2010

Kasih Bonda Ku Damba....Kasih Ayahanda Ku Impi

Kini aku menangis lagi..
Mengenang bonda..
Mengenang ayahanda...
Urat-urat tua tangannya telah menjalar...


Bersalaman dengan mereka..
Terlalu kasar ku rasa...
Terlalu banyak beban mereka bawa
Untuk membesarkan aku sebesar yang ada kini

Aku mohon ampun bonda....
Aku mohon maaf ayahanda...
Aku khilaf dengan duniaku...
Aku buta dengan cintaku...

Aku mencintaimu...
Bonda dan ayahanda
Aku tidak mengertimu...
Aku melupakanmu saat bahagiaku...
Aku mencarimu saat deritaku....

Aku khilaf...
Anakmu ini berdosa!!!!
Ampunkan daku...
Agar Firdaus menantiku...
Bersamamu ku impi...
Di Makwa nanti....

Nur Kasih

Salam Ukhuwah dan salam sejahtera...

Tiada harapan lain selain moga-moga iman kita dipelihara dengan sebaiknya pada hari ini. Sahabat? Apa khabar iman kita pada hari ini? Apakah sihat lahir dan batin?

Saya bukan insan yang pakar dalam bidang agama. Bukan juga pakar dalam bidang bahasa. Saya insan biasa yang hanya ingin mencoret rasa dan pengalaman untuk dikongsi bersama. Andai ada yang terasa hati, harap maafkan segalanya. Saya khilaf dan alpa dalam pelbagai perkara.

Hari ini saya bangun agak lewat. 6 pagi. Embun pagi masih segar harumannya. Azan Subuh telah dikumandangkan. Bermula hari baru. Hari ni hari lahir Mama. Insan yang paling saya cintai dan tidak boleh saya cari ganti. Apa yang saya perkatakan bukan mahu memprotes mana-mana pihak tetapi sekadar luahan rasa.

Semalam berjalan-jalan memfoya-foyakan diri sambil membeli makanan jamuan sebelum berakhirnya cuti sem yang dah lama sangat dinanti-nanti. Syoookkkk sangat kot masa cuti nanti. hahaaa... Sedang menyibukkan diri dengan membeli barang tu, seorang kanak-kanak menangis. Saya hanya memerhati jauh. Mengapa? Hati mula menangis sendiri. Entah apa yang anak itu nak.

"Ibu...adik nak ni juga! Ni cantik...nak la ibu...boleh ya?"

Rengek anak ini bukan sekadar menyusahkan hati ibu ini yang sedang menggendong anak kecil di tangan kirinya. Anak itu sedang terlena tanpa sedar. Comel sungguh. Sangat tenang melihat wajah anak itu tetapi tidak setenang wajah ibu itu.

"Sayang? lain kali kita beli ya? Kita beli susu adik dulu. Boleh?"

Ayat ibu ini tampak remeh tetapi benar-benar menyetuh sanubari saya yang sedang berputar-putar mengingatkan Mama di rumah. Sihatkah dia? Ayah? Dah makan ke? Hati mula mendung hitam. Saya terus memerhati sepi.

"Adik nak juga!"

Anak ini mula hujan lebat. Hatiku yang mendung, dia pula yang hujan. Monolog saya sendiri. Ibu tadi mula resah. Di bakulnya sudah penuh dengan barang-barang dapur dan makanan ringan. Barangkali pinta anak kecil itu. Ibu itu sudah tidak punya pilihan. Diambilnya mainan tadi dan susu si kecil yang lena itu dan ke kaunter bayaran. Dek kerana minat, saya meninggalkan barang-barang saya di tepi dan mengikut jejak itu itu. Sekadar memerhati.

"Semuanya RM145.50 kak"

Suara penjaga kaunter itu merdu seperti buluh perindu. Bisa menenangkan jiwa insan yang sedang gundah gulana tetapi tidak bisa menenangkan hati ibu ini! Mukanya bertambah gusar! Anak kecil itu memerhati gembira kerana sudah dapat memiliki apa yang diimpinya! Ibu tadi mengeluarkan not RM100 dan beberapa not berwarna merah. Hanya tiga keping not berwarna merah! Ibu tadi sudah gusar!

"Adik, boleh tak buka lagi plastik ni?"

Saya tetap terus memerhati. Benteng air mata hampir pecah kini. Gadis di kaunter hanya menurut. Hati perempuan. Dia faham benar dengan wanita itu. Alhamdullilah hatinya lembut walaupun riak wajahnya kelihatan telah benar-benar lelah! Ibu tadi mengeluarkan beberapa barang dan meminta dikira kembali harga barang-barangnya.

"RM 97"

Ibu tadi membayar harga barang dan terus berlegar keluar dari pasar raya ini. Anak tadi bahagia hatinya. Ibu tadi walaupun sedikit suram tetapi bahagia melihat anknya berbunga girang. Saya berlalu dengan 1001 satu nilai yang terkesan mendalam dijiwa ini.

Sahabat dan Saudaraku...
Ibu kita sanggup melakukan apa sahaja buat kita. Sanggup menahan dirinya daripada membeli barangan yang dikira penting untuk melihat kita bahagia tetapi mengapa kini kita tidak bisa membuat hati tua itu bahagia setelah kita mengambil bahagianya? Saya terfikir, kita sanggup berkongsi berita bahagia dengan insan lain yang paling utama berbanding dengan ibu bapa kita. Mengapa?

"Bro? I baru je dapat keputusan untuk interview tu. Jomlah I belanja makan malam ni!"

"Wei? Aku baru je menang RM100 dalam pertandingan tu.."

"Abang sayang, sayang awak ni baru dapat hadiah tau dari syarikat. Jom keluar. Kita raikan sama-sama"

Inilah kata-kata yang saya pernah terdengar. Tetapi mengapa segala hal kesedihan kita mengadu pada mak ayah kita?

"Mak? duit dah habis. Bila mak nak bagi duit lagi?"

"Ayah dah 'bank in' duit? Kakak dah tak ada duit ni"

"Mami..Manja tak ada duit. Nak duit...."

Masa dalam hal ni kenapa boleh cakap dengan mak dan ayah sebagai insan yang paling awal? Kenapa tak bagi tahu pada orang lain? Kita sebenarnya dalam tidak sedar telah menjadikan ibu bapa kita sebagai hamba.

"Ayah? Ambil along kat sekolah!"

"Ibu? Nak makan..."

Kita sebenarnya bos besar dalam rumah bukan mak ayah kita! Kita tak sedar semua tu sebab terlalu leka dengan kemewahan. Hargailah mak ayah kita selagi mereka ada. Rawat mereka seperti mereka merawat kita semasa kita kecil. Makan minum kita. Najis kita. Mereka tidak pernah sekali pun berkira tentang hal itu.

Jangan dimarah insan itu jika makannya bersepah kerana tangannya kini tidak kuat lagi untuk menyuap makanan.

Jangan dimarah insan itu jika katilnya kotor dengan najisnya kerana kita dahulu lagi teruk daripada ini!

Jangan dimarah insan tua itu jika mulutnya sentiasa berkata-kata tanpa henti tanpa warasnya kerana mereka telah mula lupa!

Jangan dimarah insan tua ini jika tuturnya tidak jelas kerana giginya telah tiada!

Jangan dimarah insan tua ini jika meminta-minta kerana kita dahulu lebih banyak meminta daripada mereka!

Mereka seperti bayi kecil. harus sabar melayan karenahnya sebab kita juga seperti itu dahulu!

Tidak payah menjaga mereka yang telah tua. Hanya cuba penuhi apa yang mereka pinta selagi mereka punya masa! Teramatlah payah sebanarnya menghidupkan seorang insan menjadi insan yang berguna berbanding meneruskan hasil kerja seseorang hingga akhir kerana kita sudah punya arahan untuk teruskan! Tidak perlu berfikir bagaimana untuk membangunkan tetapi berfikir bagaimana untuk meneruskan!

Selamat Hari Lahir Mama...
AZIZAH BINTI SABTU
Along Sayangggggggg Mama!

Selamat Hari Bapa Ayah....
EHSAN BIN TASRIPAN
Alongg Kasihhhhhhhh Ayah!

Selamat Hari Bapa buat semua insan yang bergelar bapa atau yang bakal bergelar bapa!



Rabu
2 Jun 2010
10.45 pagi.

Thursday, May 27, 2010

Syurga

Sahabat...
Ibu merupakan insan yang paling berharga untuk kita. Tanpa ayah kita tidak pula disini. saya sedih. hari ini hati saya sangat sedih apabila melihat seorang ayah makan sendiri di termina bas. Pada awalnya saya bertembung dengannya di ATM dan hanya menghadiahkan kumtuman senyuman. Wajahya kelihatan sangat penat. Baru tiba barangkali. Saya hanya perhati je.

Ayah tua tadi singgah di sebuah kedai kecil. Menguis-guis dompetnya. Mencari duit untuk membeli keropok lekor yang berharga seringgit secawan. Dia kelihatan lapar. Saya berlalu ke pintu belakang terminal. Ada barang nak kena pergi beli. Selesai semua saya pun bergegas balik. Saya bertemu dengan ayah tua tadi lagi. Dia sedang makan di sebuah kedai makan. makan sorang. Kelihatan begitu selera. Beg yang digalasnya diletakkan ditepi meja. Makan ayam goreng dengan bersungguh-sungguh kerana dia sudah ketiadaan gigi!

Seorang ayah yang datang dari jauh ingin menjenguk anak. Hanya itu yang bisik dari dalam hati saya. tapi macam mana kalau bila dia tiba di rumah anaknya dia tidak dilayan dengan baik?? Dilayan dengan bahasa yang kasar? Sedangkan sepatutnya pada saat itu kakinya dibelai dan diurut manja. Dilayan dengan makanan kegemarannya. Bermain dengan cucu-cucunya..

Ada juga kini yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua!Kalau orang buang anak kita boleh kata kejam mengapa orang buang mak ayah kita tak boleh kata yang mereka kejam!Mereka sama saja kejam seperti mereka yang membuang anak!

Oleh itu sahabat...Hargailah masa selagi puya masa. Jangan bila jasad mereka terbujur kaku baru kita mahu untuk mengucupnya, memandikannya, memeluknya...dah tak berguna!!!!Mengapa masa mereka sakit kita tidak boleh pelihara mereka???Mengapa bila mereka memohon sedikit bantuan kita tidak boleh beri tetapi untuk kekasih hati semua kita boleh bagi???

Ingatlah sahabat!kekasih boleh dicari...Bukan ibu bapa kita yang merupakan keredhaan Ilahi kepada kita!

Al-Quran sumber rujukan

Al-quran sebagai sumber rujukan utama. Apa yang kita lihat pada hari ini ialah al-Quran hanya menjadi yang paling utama pada masa-masa yang tertentu sahaja. Itu yang membimbangkan kini. Apa yang kita cari??Kebenaran? Apakah kebenaran itu hanya diperlukan pada masa-masa yang tertentu sahaja?

Sahabat....
Kita perlu menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya dan bukan dengan berfoya-foya. tidak salah kita menggunakan teknologi yang ada untuk mencari sahabat dan sebagainya tetapi seharusnya masa yang ada dimanfaatkan dengan pencarian ilmu dalam al-quran....

Saya hanya berkongsi pandangan dan bukan mahu 'menembak' mana-mana pihak...saya juga insan yang lemah...

Wasalam

Saturday, March 27, 2010

25 MAC 2010

Lepas beban dibahu....
Sangat lega..
bahagia berbunga dihalaman jiwa...
tetapi????
Akhirnya...
bertambah lagi...
yang bikin sakit jiwa...
tapi ku kan cuba...
untuk tempuh jua....

PIDATO 5 APRI 2010
INSTITUT INTEGRITI 2010

Saturday, March 6, 2010

LARA HATI....

Allah maha adil...
Dia Mendengar apa yang kita pinta...
Kerana Dia kita masih disini...
BANGKIT!!!!
Hidup ini bukan untuk hari ini...
Mahupun semalam...
Tetapi hidup ini...
Untuk esok....
Yang belum pasti....
Kuatkan semangatmu.....
Bangkit dari kegagalanmu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...