Tabung ayam

.......

Monday, March 7, 2011

Takut yang mengancam

Bagaimana perasaan anada hari ini? Apakah jiwa dan emosi anda tenteram? Andai ini yang anda rasakan, Alhamdullilah. Jika tidak, mari kita berbalik kepada diri kita, mengapa ini yang kita rasakan?

Takut yang mengancam? Bagaimana pula? Bukankah takut itu hanya suatu perasaan? Tetapi kita tidak akan terluka, sakit atau cedera. Bagaimana pula saya katakan takut ini mampu mengancam?

Saudaraku?

Takut secara natijahnya, memang hanya suatu perasaan tetapi mari kita selami perjalanan sejarah. Negara kita pernah dijajah dahulu dan mungkin ada antara saudara anda dan saudara saya sendiri yang pernah hidup dalam zaman itu. Berdasarkan penceritaan mereka, mereka sendiri tidak sanggup untuk terus hidup daam keadaan yang seperti itu. kelam kabut. Bunyian peluru tiada hentinya. Bagaimana pula dengan saudara kita di seberang negara sana? Anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa memberanikan diri yang tidak punya apa-apa untuk berhadapan dengan musuhnya. Mereka berasa tertekan apabila saudara mereka ditembak mati dihadapan mata mereka sendiri. Bukankah takut itu mengancam?

Kita berbalik kepada diri kita, apabila kecoh khabar berkaitan pecah masuk rumah, rompakan, samun dan lain-lain, kita akan mula berasa takut dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan hal ini terjadi. Malam tidur kita menjadi tidak lena. Kehidupan menjadi serba serbi risau. Seperti ada sahaja yang memerhatikan diri kita. Bukankah takut itu menggugat jiwa kita? Kehidupan kita?

Semua contoh di atas adalah contoh yang paling hampir dengan diri kita. Hal-hal yang semakin giat berlaku. Hal-hal ini sentiasa bermain di gegendang telinga kita saban hari sehingga kadang-kala kita akan berasa bosan mendengarnya. Itu khabar dunia. Bagaimana pula dengan khabar akhirat? Apakah kita tidak gentar mendengarnya?

Allah SWT paling awa yang menyampaikan tentang khabar akhirat menerusi ayat-ayat-Nya tetapi mengapa kita tidak berasa apa-apa? Mengapa kita hanya membiarkan khabar itu dibawa angin lalu? Khabar angin dan gosip kita bawa ke telinga tetapi khabar dari Ilahi kita biarkan pergi? Apakah takut itu bukan lagi suatu yang mengancam?

Saudaraku..

Saya juga hanya insan biasa. Tidak sempurna. Berasa takut dengan dunia sekarang yang layaknya untuk kita panggil dunia si pemilik akal yang bernafsukan binatang durjana! Haiwan yang tidak punya akal, masih lagi tahu dan kenal apa erti sebuah kehiduapn tetapi kita? Kita lebih teruk lagi sebenarnya...

Mari kita selami agi hati dan jiwa kita. Apakah tiada angsung sekelumit takut untuk menghadapi kematian dan akhirat yang bakal menjemput kita tanpa mengira masa. Apakah sudah kita bina keberanian untuk ke sana sehingga tiada langsung rasa takut untuk menghadapi sebuah kehidupan yang kekal abadi?

Fikri-fikirkanlah. Hidup ini hanya sekali dan hargai selagi masih di dalam diri untuk kita terus beramal dengan sebaiknya untuk menghadapi kehidupan hakiki yang kekal abadi dengan kebahagiaan yang sentiasa kita impi.....

Saturday, March 5, 2011

Kecederaan bahu

Kecederaan bahu
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/03/14

Sendi berisiko terkehel, koyak dan perlu dibedah jika serius

KITA jarang memberi perhatian kepada kesihatan bahu, sehinggalah berdepan masalah seperti bahu terkehel atau akibat cedera.
Malah berbanding sendi lain, bahu disifatkan sendi paling stabil. Namun bahu seperti juga lutut, turut berdepan risiko koyak atau kecederaan, selain keadaan atau fungsinya yang merosot akibat penuaan.

Di sebalik kestabilannya, sendi bahu yang kerap bergerak setiap kali lengan digerakkan juga berpotensi untuk tercedera.

Kebanyakan masalah pada bahu membabitkan otot, ligamen dan tendon berbanding kekerapan masalah yang berpunca daripada tulang bahu.

Di kalangan ahli sukan misalnya, masalah kecederaan bahu selalunya berlaku secara perlahan disebabkan rutin latihan yang intensif.

Pakar Runding dan Bedah Ortopedik, Trauma dan Kecederaan Sukan, Hospital Pakar Shah Alam, Dr Ariff Sukimin Mohd Shukti, berkata kecederaan pada bahu juga disebabkan kerja seharian, selain berpunca daripada masalah penuaan seperti yang kerap ditemui dalam kes kecederaan rotator cuff (kumpulan otot dan tendon yang bertindak menstabilkan bahu).
Malah, secara umumnya, kes kecederaan rotator cuff lebih kerap ditemui pada golongan lanjut usia.

“Masalah kecederaan pada bahu boleh jadi serius atau kecil (minor). Antara simptomnya rasa sakit, bengkak, kebas, lemah dan perubahan warna atau suhu di bahu.

“Jika setakat masalah kecil boleh dirawat di rumah tetapi masalah yang serius memerlukan rawatan di hospital,” katanya.

Dr Ariff Sukimin berkata, kecederaan bahu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung pada punca dan jenisnya. Justeru, rawatan yang diberikan banyak bergantung pada keadaan kesakitan yang dialami.

“Bagi kes ringan, ia boleh ditangani dengan pemberian steroid dan fisioterapi, manakala kecederaan yang serius memerlukan pembedahan,” katanya.

Antara contoh kecederaan pada bahu ialah seperti:
• Bahu terkehel atau beralih (separated shoulder)

Bahu terkehel adalah masalah biasa sendi tubuh. Untuk bahu, kecederaan ini bermaksud bahagian atas bilah bahu bertemu dengan hujung tulang bahu (collarbone) atau sendi acromioclavicular. Bahu beralih adalah koyakan atau regangan satu atau lebih ligamen pada sendi ini.

Keadaan ini umumnya tidak memerlukan pembedahan sebaliknya cukup dengan pengambilan ubat dan meletakkan ais. Selalunya selepas beberapa minggu keadaan akan pulih. Gejala bahu teralih boleh dilihat berdasarkan tanda seperti rasa sakit atau lemah pada bahu dan lengan, bahu yang bengkak atau lebam, pergerakan bahu yang terhad atau bengkak pada bahu.
• Koyakan pada otot bahu (rotator cuff)

Rotator cuff ialah kumpulan otot dan tendon di bahu. Otot dan tendon ini berkait dengan bahagian atas tulang lengan dan bilah bahu. Ia berfungsi memegang bebola bahagian atas lengan untuk melekat kemas pada soket bahu. Kecederaan rotator cuff termasuk kerosakan atau rengsa pada otot rotator cuff atau tendon.
• Sindrom Impingement

Kerap dikaitkan sebagai masalah warga tua. Sindrom Impingement merujuk kepada masalah penyempitan ruang rongga laluan otot. Penyempitan akan menyebabkan radang pada otot yang melalui ruang itu. Tanpa rawatan ia akan menyebabkan koyakan pada rotator cuff.
• Osteoarthritis pada sendi acromioclavicular

Berlaku kehausan pada rawan sendi acromioclavicular yang disebabkan aktiviti lasak seperti angkat berat, kerja berat seperti berkebun atau bekerja dalam industri berat. Rawan pada sendi perlahan-lahan merosot. Masalah ini boleh berlaku pada semua peringkat usia.

Simptom
• Bahu berasa sakit dan kesakitan itu berpanjangan
• Sukar mengenakan pakaian
• Bengkak pada bahu
• Rasa kebas pada bahu
• Bahu berasa lemah
• Perubahan warna atau suhu di bahu

Sindrom bahu lenguh

SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.

Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara.

Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).

Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.

Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.

“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.

Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.

“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.

Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.

“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya.

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.

“Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.

Simptom

Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.

Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.

Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.

Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.

Rawatan

Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.

Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.

FAKTA:

Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama

Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.

Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu

Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.

Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang.

Migrain

Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

Migrain

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Serangan migrain

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan
. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Muhasabah diri

Teringat masa kita kecil-kecil dahulu. Dari baring, kita belajar meniarap. Dari meniarap, kita belajar merangkak. Dari merangkak, kita belajar berdiri dan seterusnya sehingga kita berjaya berlari. Kita tidak pernah kenal erti sakit. Erti sebuah putus asa. Apa yang tahu, kita hendak mencapai apa yang kita mahukan. Kita mahu apa yang kita mahukan ketika itu tercapai. Sudah banyak kali kita terjatuh, terhantuk tetpi tidak pula kita kenal erti untuk berhenti dan berputus asa. Mengapa?

Jika kita fikirkan kembali, kita mungkin tidak akan seperti kini. Tetapi mengapa setelah kita mendapat semua yang kita impi, perkara yang kita damba dan kita tahu erti sebuah kehidupan, kita menjadi lemah dan berputus asa atas sebab yang kecil?
Semasa kita kecil, itulah cabaran kita. Cabaran yang kita fikirkan kecil itu sebenarnya sangat besar bagi kita yang telah dewasa ini tatkala kita harus melakukan itu semua sekali lagi bila ujian melanda diri.

Kita mudah berputus asa, berkecil hati dan berasa hina saat semua meninggalkan diri kita. Saat semua memperkecilkan diri kita. Mengapa kita jadi begini? Saya kerap kali juga tertanya, mengapa saya begini? Mengapa saya lemah? Apakah saya tidak mampu untuk jadi sebelum ini?

Mengapa kita berasa sebegini? Kerana kita sentiasa berfikiran negatif kepada diri kita. Saat semua insan disisi mempunyai bakat yang menandingi kita, kita jadi lemah. Kita memburukkan insan itu dan kadang kala mengasingkan diri dengan dia. Kita tidak yakin dnengan diri kita sendiri. Kita berasa cemburu tetapi apakah inisiatif yang kita lakukan untuk menaik taraf diri kita? Bagaimana dengan iman dan amalan kita? Apakah memadai? Bukankah lebih baik jika kita mendoakan yang terbaik untuk insan itu dan kita akan berasa tenang tanpa sekelumit permusuhan?
Setiap insan dilahirkan dengan bakat dan kebolehan yang tersendiri. Berbeza-beza. Bakat tersebut hanya perlu dicungkil dan yang sedia ada haruslah digilap. Tidak salah bersaling dengan insan lain tetapi secara sihat dan bukan dengan jalan yang salah. Kita mampu menjadi kuat dengan saling melengkapi. Kita mampu jadi yang terhebat, andai kita saling membantu. Kita mampu jadi luar biasa, jika kita memadam api persengketaan yang akhirnya hanya memakan diri.

Berbalik kepada diri kita. Kita tidak sempurna dan tidak akan sempurna tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh mencuba untuk menjadi yang sempurna. Kita boleh mencuba untuk jadi sempurna tetapi jangan salahkan insan disekitar kita sekiranya mereka tidak sempurna seperti yang kita pinta kerana manusia tiada yang sempurna.

Jangan dipinta langit nan biru, andai bumi nan hijau belum lagi kau kecapi.

Jangan dipinta lautan nan dalam, andai sungai yang cetek belum lagi kau teroka.

Jangan dipinta bintang beribu, andai bulan belum lagi kau tatap penuh cinta.

Jangan dipinta cinta sejati, andai diri tidak pernah memberi.

Jangan dipinta kemaafan, andai api permusuhan belum lagi kau padam.

Jangan dipinta syurga, andai diri mengunjur ke neraka.

Jangan dipinta yang sempurna, andai diri mengemis segalanya.

Begitulah kita. Meminta sesuatu yang diluar kemampuan kita. Kita tidak bermuhasabah diri sebelum meminta dan bermimpi. Kita tidak menyediakan diri untuk itu tetapi kita pinta yang lebih dari yang kita sediakan. Kita pengemis. Yang sempurna hanya Allah SWT. Jadi mengapa perlu kita persoalkan sesuatu yang tidak sempurna? Mengapa kita mempertikaikan kebolehan insan lain sedangkan bakat daam diri sendiri tidk pernah kita gilap dan cari? Kita mampu jadi yang terbaik sebenarnya. Allah sentiasa ada dengan kita. Andai kita mengejar cinta dari-Nya, kita akan dapat segala yang kita impi.

Jadikan mimpi kita sebagai impi tapi jangan biarkan ia tinggal sebagai fantasi tapi realisasikan agar menjadi sebagai suatu realiti!

Friday, March 4, 2011

Tunggu seru....

Salam saudaraku...pernahkah kalian mendengar ucapan atau ungkapan seperti ini? Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh mereka? Mengapa kata-kata seperti ini yang diluahkan mereka?

Pakailah tudung.... Dijawab, belum sedia lagi...

Mengajilah.... Dijawab, belum dapat nur...

Solat.... Dijawab, masa masih panjang. Kejap lagilah..

Bertaubatlah... Dijawab, umur masih muda, tunggu tualah baru taubat...

Ingat Allah... Dijawa, masa muda enjoy dulu, dah tua baru tengok kitab...

Sadis. Sedih. Menyayat hati. Apakah masa menanti kita yang lupa diri? Apakah maut itu akan memberi miss call sebelum menjemput kita? Apakah aka nada satu siren yang akan berbunyi apabila nyawa kita bakal dijemput oleh malaikat Maut? Apakah kita tidak sedar semua itu? Kita berbicara tentang mati tapi bagaimana amalan kita? Apakah cukup? Apabila masa terhenti tanpa kita sedari, apa yang bakal kita punyai? Cinta dunia? Manusia? Siapa teman sejati di saat itu?

Saudaraku?

Disaat kita gembira, ramai yang merapati diri kita tetapi saat kita menangis, siapa yang ada dengan kita? Tiada siapa. Begitu juga dengan kematian. Tatkala nyawa kita dijemput Ilahi, tiada siapa yang akan menemani kita kecuai amalan yang kita bawa. Jika dari sekarang kita tidak melakukan titik perubahan, kapan lagi? Apakah kita tahu bila mati? Tidak! Berubahlah walaupun sedikit. Sedikit yang diamalkan sentiasa adalah lebih baik daripada drastik tetapi hanya untuk seketika. Maut sentiasa menjengah kita berkali-kali dalam sehari dan andai dia datang untuk kali terakhir dan saat itu kita alpa, bagaimana nasib kita di sana?

Saya sentiasa terfikir. Bagaimana saya di sana nanti? Apakah seperti yang saya impi di dunia ini? Atau lebih teruk lagi? Saya banyak alpa. Lupa. Lalai. Apakah saya diterima? Saya tahu. Begitu juga kalian. Terfikir-fikir tentang ini dan mati. Tapi apakah kita telah bersedia untuk menghadapi mati? Kita mengabaikan diri dan insane disisi dengan mengatakan, masa masih panjang lagi dan sempat untuk melaksanakan itu semua. Tapi bagaimana jika tidak sempat?

Saudaraku..

Jangan beri alasan... Dan jangan pula mencari alasan untuk malakukan perubahan. Jangan berkata tidak sedia untuk berubah kerana apakah anda telah bersedia untuk menghadapi kematian? Mana persoalan yang paling diutamakan? Mana yang harus kita berikan tindakan terbaik yang mampu kita berikan? Saya juga lemah. Banyak kekurangan tetapi suyugia saya ingin mengajak diri saya dan sauda-saudara saya ini untuk melakukan perubahan agar menyediakan bekalan untuk menghadapi kematian. Tunggu seru? Biarlah kita yang menyeru diri kita sebelum diseru.....

Thursday, March 3, 2011

Bibir tersenyum, hati menangis

Salam...Apa khabar semua? Alhamdullilah sebab kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup di bumi Allah walaupun ujian sering mendatangi diri. Bagaimana hati kalian? Sakit? Bahagia? Sihat? Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk merasa semua nikmat itu.

Munafik. Insan yang berkata-kata tetapi menipu. Berjanji tetapi mungkir. Tetapi bila kita tersenyum sedangkan hakikatnya kita menangis apakah kita dikira sebagai munafik? Dimana garisan kita? Dimana kita? Kita berkata-kata tetapi menipu diri sendiri. Apakah adil?

Sering kali kita rasa ingin mebahagiakan semua insan yang berada di sisi kita walaupun sakit yang kita rasakan. Ingin melihat insan lain tersenyum walaupun ranjaunya memerlukan pengorbanan jiwa kita. Kita tidak pernah memikirkan hati, perasaan dan jiwa diri sendiri yang sedang merana sakit. Apakah itu suatu perkara yang membahagiakan? Tidak bukan?

Kita selidik kembali. Apakah kita telah melakukan yang terbaik? Apakah pengorbanan kita itu terbaik buat mereka? Bagaimana dengan diri kita? Saya berbicara bukan ingin kita menjadi ego, tidak berhati perut dan kejam, tetapi kita fikir sejenak, mengapa kita jadi begini? Tidak salah kita berkorban tetapi ‘bertempat’!

Kebahagiaan insan lain juga penting dan jangan pula kita mengabaikan tanggungjawab kita terhadap insan-insan disisi sehingga tegar melihat mereka menderita tetapi sekiranya kita rasa terbeban, adalah lebih baik kita berfikir berulang kali sebelum kita pula dilanda masalah yang tiada berkesudahan.

Bibir tersenyum, hati menangis. Walaupun agak negatif sebenarnya dalam diam mampu menerbitkan suatu kekuatan yang luar biasa dalam diri kita sendiri. Disaat semua meninggalkan kita, disaat semua memperlekehkan diri kita, disaat kita dihina dan sebagainya tetapi kita menerima dugaan ini dengan senyuman dan terus tersenyum pada dunia walaupun hakikatnya kita merasa sakit yang teramat, sebenarnya kita membina suatu kekuatan dalam diri. Kekuatan ini pula haruslah disulami dengan pemikiran yang positif dengan berkata pada ujian tersebut, “Aku tak akan mengalah!”.

Kita juga haruslah membuang segala pemikiran negatif ketika berhadapan dengan masalah seperti ini dan jangan terlalu cepat melatah. Lakuakn aktiviti-aktivit sosial agar dapat mengelakkan diri dari terus memikirkan masalah dan akhirnya buntu dalam perjuangan. Selesaikan masalah dengan pemikiran positif dan percayalah, anda akan menjadi insan yang lebih kuat dari sebelumnya!

Bibir tersenyum, hati menangis pada awalnya dan akhirnya bibir terukir gelak tawa, hati berbunga bahagia!


Bila kekuatan mulai rapuh

Salam. Apa khabar saudaraku? Pernahkah anda berasa diri terlalu kerdil dan hina walaupun hanya sepintas lalu? Pernahkah anda berasa terlalu lemah hingga tiada kekuatan untuk berbicara walaupun ingin meminta sesuatu? Pada saat itu apakah yang anda lakukan? Apa yang anda inginkan dan harapkan?

Saya juga pernah berasa ini. Berasa seperti kematian dan maut menjengah dan bakal menjemput kapan pun. Apa yang membuatkan saya berasa sebegini, saya sendiri tidak mengerti.

Tangisan, jeritan dan amukan yang kita rasakan saat ini. Rasa seperti mahu memaki hamun semua yang membuat kita berasa begini. Terasa diri ini tidak lagi berharga pada mereka. Semua ini nafsu dan emosi semata sebenarnya. Apa yang kita rasakan ini hanyalah ketika kita dalam kondisi tidak waras iaitu marah.

Kita boleh berasa begini tetapi fikirkan kembali kebaikan insan itu yang pernah meeka berikan walaupun sekelumit cuma. Pandang kehadapan dan kita akan bertemu dengan erti hidup, cabaran, ujian dan dugaan ini. Kita harus bangkit. Kita harus mengubah perspektif pemikiran kita. Ujian yang datang kita tangani sebagai cabaran! Dugaan yang datang kita jadikan teman. Tangani dengan lembut dan serap segala tekanan dengan tenang.

Allah memberikan ujian kepada kita untuk menguji keimanan dan kekuatan diri kita. Jangan pernah berfikir buruk akan ujian yang sedang datang. Jika kita menangis sekarang, pasti kebahagiaan yang sangat kita tidak duga akan mewarnai segala genap kehidupan kita. Jangan memandang masalah itu sebagai beban kerana nanti kita yang akan tenggelam kerana tidak mampu menampung beban.

Disaat kekuatan mulai rapuh, berpegang kembali kepada al-Quran. Tenangkan hati, fikiran, jiwa dan diri kita dengan mengalunkan ayat-ayat-Nya. Kita boleh menjerit untuk melepaskan beban yang kita rasa jadi bagi saya tidak salah sekiranya kita menyumbang suara kita untuk mengalunkan ayat-ayat-Nya walaupun seketika sehingga kita menemui ketenangan hati yang kita impi.

Saudaraku? Apakah kekuatan itu mulai datang sekarang? Atau semakin memudar? Jangan ambil langkah singkat, tetapi berfikirlah secara tenang agar jalannya akan kita lihat jua nanti. Disaat hampir terjatuh, pautlah pada tali Allah, dn kita tidak akan pernah terjatuh lagi. Sekiranya terjatuh lagi, percayalah, kita akan menjadi lebih kuat berbanding dahulu dan dapat menangani masalah itu dengan tenang tanpa apa-apa kompromi lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...