Tabung ayam

.......

Friday, April 29, 2011

Aku adalah aku, kau jangan nak sibuk!

Bismillah pembuka tinta...

Siapa yang suka dirinya dipijak dan diinjak?? Tiada siapa yang suka. Tapi adakah itu bermakna kita harus mempertahankan diri kita sentiasa sehingga membiarkan sahaja suara jerit pekik insan di sana sini??? Sering kali kita terlihat, seseorang yang cuba mempertahankan dirinya hanya dipandang sepi sehingga dia sendiri kehilangan arah. Ada juga yang terlalu yakin dengan dirinya sendiri hingga tidak mahu mendengar penjelasan atau pendapat insan lain. Apakah ini yang dikatakan 'PENDIRIAN'???

Kita hanya manusia biasa. Jelas, kajian menunjukkan bahawa diusia kita kini, perasaan egosentrik semakin meninggi tetapi bagi saya, perasaan itu adalah emosi yang kita kawal sendiri dan bukan ia yang mengawal diri dan pemikiran kita sendiri. Saya sendiri mengaku kadang kala emosi mengawal segalanya tetapi segeralah beristigfar kepada Yang Maha Esa serta pinta agar hati ini ditingkatkan kesabarannya kerana tindakan kita kadang kala mampu menjadikan sesebuah perhubungan itu menjadi keroh dan akhirnya lahirlah bibit permusuhan. Ini yang harus kita jauhi.

Pendirian penting agar kita tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan kepada diri kita tetapi janganah kita membiarkan suara-suara yang disekeliling kita. Mereka juga mempunyai hak yang harus kita berikan. Andai kita seorang ketua, jadilah ketua yang berketerampilan. Andai kita seorang sahabat, jadilah seorang sahabat, si pendengar setia dan pemegang amanah dan bukan membuka aib sahabat sendiri tatkal bibit dendam mulai tumbuh. Jadilah diri kita yang manusia bukan berfizikalkan manusia semata.

Semua ini juga bermula dari penyakit hati yang semakin subur sekiranya hati kering dengan zikir. Kita hayati bait-bait kata Rasulullah SAW,

"Daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda: "Sukakah engkau (hai Muaz) aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya?" Lalu Muaz menjawab: "Baiklah ya Rasulullah." Nabi SAW. bersabda: "Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad." Kemudian Rasulullah SAW bersabda pula: "Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?" Aku (Muaz) menjawab: "Baiklah ya Rasulullah." Lalu Nabi SAW memegang lidahnya sambil berkata: "Peliharalah ini baik-baik." Aku bertanya: "Ya Rasulullah, apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?" Lalu Nabi SAW menjawab: "Bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari kerana mulut mereka sendiri."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)



Mulut adalah segalanya. Jadi...jangan disebabkan hanya kerana mempertahankan pendirian diri, kita menjadi seorang yang penyebab segalanya yang tidak baik berlaku. Insan lain buka mahu emnyibuk tetapi sekadar berkongsi. Terimalah kata-kata dengan baik. Jadilah seperti span yang mampu menerima apa jua kata-kata daam pelbagai situasi dengan baik dan selesaikannya dengan berhikmah. Sesungguhnya, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Sekiranya kita bijak menggunakan pemberian Allah ini, maka semuanya akan menjadi jihad disisinya. Amin.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...