Tabung ayam

.......

Wednesday, February 16, 2011

Hati yang Baharu

Salam kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di blog ini walaupun tiada apa yang mampu saya kongsikan bersama. Saya akan cuba untuk terus menulis walaupun pernah beberapa kali terfikir untuk berhenti. Terima kasih kepada semua individu yang banyak menyokong saya saya berasa berputus asa.

Kisah atau perasaan ini yang mendorong saya untuk menulis kisah atau perkongsian pada kali ini. Hati yang baharu. Mengapa saya berkata begini? Kerana saya rasakan hati yang saya punya sekarang bukan hati saya yang dahulu. Saya mengalami ranjau dan kenangan sepanjang saya hidup yang hampir dua dekad ini. Terlalu pahit dan sakit untuk diceritakan dan tiap kali saya rasa seperti ini, saya rasakan sangat lemah dan tidak lagi kuat untuk terus berdiri dan melangkah sekali lagi. Banyak kali ujian yang sama singgah dalam kehidupan saya dan hal ini membuatkan saya terasa sangat hina daam pandangan sendiri.

Beberapa ayat-ayat pujangga saya cari untuk saya sematkan dalam hati. Tapi masih lagi terasa sakitnya. Ayat-ayat al-Quran menjadi peneman utama. Baru kini saya terasa, memang kita manusia ini penuh dengan sifat alpa dan mudah kufur nikmat. Kita akan mendekatkan diri di saat masalah merundung. Apa yang kita lihat kini, disaat kematian atau penyakit datang, al-Quran yang kita cari kerana memikirkan kematian. Inilah rutinnya tapi mengapa tanpa semua itu, kita jauh dari al-Quran? Kita jauh dari sujud kepada-Nya? Kepada siapa yang harus kita pinta? Untuk secebis kasih dan sayang? Hanya bila susah sahajakah kita harus mendekatkan diri kepada Allah? Tidak saudaraku!

Saya sendiri begitu. Banyak benar khiaf diri ini. Saya sendiri sedang cuba untuk bangun dari kesilapan diri ini. Utnuk menjadi insan yang baharu iman dan hatinya. Tapi bagaimana? Hati yang sudah terlalu sakit itu, biarkan ia pergi. Jangan singkap lagi kenangan lama yang hanya akan menyeksa diri sendiri. Hidup kita tidak lama. Hayati masa yang tinggal dengan senyuman dan impian. Pandang sesebuah kekecewaan itu dengan pandangan yang membahagiakan. Bangkit dari kekecewaan dan bina hati yang baharu. Hati yang lebih cekal, kuat, tabah dan suci berbanding hati yang dahuu. Perbanyakkan zikir dan sujud dan kita akan peroleh hati yang baharu itu dalam dakapan cinta Ilahi yang semua insan idamkan.

Kematian itu pasti tapi bagaimana kita harus hadapi itu terletak pada amalan kita yang kita kerjakan. Sebuah kematian itu tiada siapa yang akan terkecuali dan dapat hindari. Hayati kehidupan yang kita punya yang kita sendiri tidak tahu untuk berapa lama dengan senyuman dan azam untuk memiliki sebuah hati yang suci untuk beramal di dunia sebagai bekalan di akhirat yang kekal abadi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...