Tabung ayam

.......

Wednesday, February 16, 2011

Buah kecewa itu bahagia

Kecewa? Bahagia? Antonim benar kedengarannya. Pelbagai persoalan atau penyataan yang akan mula kita fikirkan.
Bagaimana kecewa akan menjadi bahagia?
Bahagia ke nanti?
Boleh ke jadi macam tu?
Kalau dah kecewa tu, mana boleh bahagia!
Entah apa-apa je. Banyak kali aku kecewa, tak pernah pulak bahagia.

Mungkin inilah kata-kata yang akan mula jadi perbualan anda semua. Mengapa? Negatif benar fikiran kita bia dengar atau baca berkaitan tentang kecewa. Tapi kalau dengar bahagia, positif pula. Mengapa? Sebenarnya hal ini terjadi impak kerana kita telah set atau tetapkan pemikiran kita untuk berfikir seperti ini.
Banyak yang saya pelajari daripada kedua-dua perkatan ini. Kecewa yang paling semua insan ingin hindari dan bahagia yang semua insan ingin kecapi. Ya! Semua ini impian dalam diri setiap insan yang mempunyai naluri untuk hidup dalam ketenangan dan damai agar segala nikmat yang diberikan oleh Allah dapat dikecapi dengan kebahagiaan.

Kebahagiaan tanpa kekecewaan tidak akan terasa nikmatnya. Berlari tanpa pernah jatuh tidak akan terasa keseronokkannya. Kenapa? Hidup ini peru diwarnai dengan pelbagai warna. Seperti makan. Andai kita kerap kali makan makanan yang sama juga akhirnya akan mengundang bosan dan jemu. Betul? Jadi, kekecewaan adalah salah satu warna kehidupan kita. Kecewa umpama tangga. Bahagia adalah ganjarannya. Siapa yang dapat meniti tangga dengan cekal dan tabah walaupun kadang-kala terasa penat dan lelah, dialah yang akan menjadi insan yang paing bahagia sekali. Percayalah...

Saya pernah kecewa kerana gagal dalam kerja, belajar, keluarga, persahabatan dan yang masih berbekas, saya kehilangan insan yang saya sayang untuk selamanya. Sangat sakit tetapi hidup harus diteruskan. Perjuangan ini harus menemui penamatnya tetapi penamat yang bagaimana? Kecewa atau bahagia?

Saudaraku...
Bangkitlah dari kekecewaan ini agar kita menjadi insan yang terhebat. Berterima kasihlah kepada kecewa dan insan yang membuat kita kecewa kerana mereka yang mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada mereka. Jangan pernah memandang hina kepada diri sendiri tetapi lihatlah bahawa kita sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita lihat.
Kekecewaan ini hanya ujian kecil tanda Allah sedang menyayangi kita dan tidak perah lupa kepada kita. Pandang dari sudut positif kepada kecewa. Kecewa adaah tangga kita menuju bahagia. Tidak semua kecewa itu pahit dan tidak semua bahagia itu manis.

Bangkit saudaraku!
Senyumah pada diri sendiri. Kita hebat sebenarnya daripada apa yang kita fikirkan. Kita terunggul! Kita hebat! Kekecewaan kali ini adalah jalan untuk kita peroleh yang lebih baik daripada apa yang kita punya hilang kini. Allah sentiasa dengan kita! Alllahuakhbar!


1 comment:

  1. izin copy dan saya sertakan link blog nie kat blog saye..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...